Wednesday, June 24, 2009

Family Day At Port Dickson...

Haaaaa... Nak tau?? mengenai hari keluarga yang terbaru yang aku join.. Hampir 30 orang yang ikut pegi family day nie.. Aku ikut mak cik aku sebab time tu kebetulan aku stay kat umah die kat Rawang nun.. Kami memilih lokasi di tepi pantai tuu.. Angin sepoi2 bahase lagii.. Xtaula bahase ape.. Hehe..

Ape2 pun.. Jom tengok gambar2 nie.. Lets goooooo...


Time malam BBQ..

Ni time lpas buat lawatan kat pantai.. Hehe..

Dari kiri tu Suhaila, Wafi, AKU (yg berdiri tu), Syamil, Fikri dan Arif..

Adakah nie posing maut!?!


Tuesday, June 23, 2009

Adakah kamu dan si dia sehaluan??


Setiap pasangan bercinta pasti akan merasai dunia ini mereka yg punya. 'Cinta mencintai bererti memaafkan, memberi dan saling mengerti.' Namun setiap perhubungan itu akan lebih bermakna jika setiap pasangan mempunyai prinsip yg sama. Mungkin pada kamu kini tidak perlu lagi timbul rasa sangsi di antara satu sama lain. Tapi, bagaimana pula jika kamu berdua berbeza prinsip? Di mana temanmu itu sering memberi salah tanggapan terhadap apa yg kamu berikan atau kamu jenis pemaaf dengan setiap kesalahan yg dilakukan oleh temanmu. Jika di dalam soal ini, kamu harus pandai memainkan perananmu utk menjamin kebahagiaan perhubunganmu. Jangan pula kamu sering timbulkan pergaduhan di saat bertemu. Kamu seharusnya mendalami hati dan perasaannya. Jgn terlalu menuduh melulu. Ia akan memberi kesan negatif pada kamu juga.

Masalah Pendidikan

Masalah pendidikan memang tidak dapat dipisahkan bagi golongan bercinta seperti kamu. Mungkin si dia lebih bijak dan pintar dari kamu atau sebaliknya. Tahap pemikiran kamu berdua mungkin agak berbeza. Di mana kamu mempunyai cara tersendiri utk menyelesaikan segala masalah. Tetapi mungkin si dia berlainan pula daripada kamu. Kamu harus menerima kenyataan, bahawa cara org yg mempunyai imaginasi dan taraf pemikiran yg tinggi mungkin mempunyai cara yg tersendiri utk melarikan diri daripada dibelenggu oleh masalah. Tetapi jgn kamu berasa tertekan dan terasa hati jika temanmu itu mempunyai taraf pendidikan yg lebih tinggi daripada kamu. Kadangkala dalam konteks menyelesaikan masalah, mungkin kamu lebih bermain dengan emosi dan perasaan. Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna tarafmu terlalu rendah berbanding dengannya. Baginya kamu tetap sama, tiada rendah atau tinggi. Tetapi di dalam soal kepimpinan, kamu haruslah menghormatinya. Mungkin juga kamu merasai, kamu telah dibelakangi, tetapi jgn kamu membuat salah tanggapan terhadapnya. Si dia masih tetap menyayangimu.

Masalah Usia

Masalah usia sering dikaitkan dengan kematangan dan kedewasaan seseorang. Sekarang ini apa yg perlu kamu fahami ialah jika pasanganmu lebih tua usianya berbanding kamu. Walaupun umurnya lebih tua daripada kamu, ia bukanlah bermakna cara pemikiranmu lebih cetek berbanding dengannya. Cuba saling bertolak-ansur antara satu sama lain. Mungkin di dalam membina satu perhubungan kamu haruslah bersikap matang di mana jgn terlalu berprasangka buruk terhadap temanmu. Anggaplah si dia sudah menjadi hakmu sepenuhnya dan kamu pula adalah miliknya pula. Sementara itu, si dia akan terfikir bahawa kehadiranmu di dalam hidupnya telah memberi satu sinar baru dan mewarnai hidupmu. Jadi kamu harus bijak di dalam menjamin keharmonian dan keutuhan hubunganmu.

Masalah Keluarga

Mungkin ia telah menjadi kebiasaan apabila kamu dan pasanganmu tinggal di dalam bandar yg sama, taman perumahan yg sama dan pejabat yg sama. Jadi di dalam soal ini, kamu seharusnya memahaminya. Kadangkala masalah akan banyak timbul jika kita tinggal berdekatan. Pelbagai cabaran dan ujian yg akan datang utk menguji keutuhan perhubungan kita. Jadi, kamu haruslah memahaminya. Sepanjang perhubunganmu, pernahkah si dia membatalkan rancangannya utk berkunjung ke rumahmu. Tambahan pula pada ketika orang tuamu sedang menunggu kehadirannya. Jika ia berlaku di dalam hidupmu, kamu tidak boleh menyalahkan si dia. Kamu harus kaji kenapa si dia harus membatalkan niatnya. Di sini kamu harus berperanan sebagai seorang kekasih yg begitu memahami, mungkin juga si dia sibuk dgn tugasnya ketika itu. Kamu tahu kan itu semua utk kamu juga, kan? Mungkin dia juga mempunyai komitmen terhadap keluarganya juga pada waktu itu.

Kepercayaan

Perbezaan kepercayaan memang sering berlaku di dalam perhubungan. Namun begitu jika tiada sedikit pertelingkahan di dalam perhubungan juga tidak sah di dalam menjalinkan perhubungan. Kadangkala ia dapat memperkukuhkan sesuatu perhubungan itu. Kamu haruslah memainkan perananmu. Jgn terlalu mengongkong. Mungkin pernah berlaku di dalam hidupmu si dia membatalkan pertemuan di saat2 terakhir. Kamu haruslah cuba faham. Mungkin hari yg kamu tetapkan tidak sesuai baginya.

Masalah Keupayaan

Masalah ini normal berlaku kepada pasangan bercinta. Mungkin juga kamu lebih mementingkan soal perasaan dan belaian manja sedangkan si dia lebih mementingkan soal berdiri di bumi yg nyata. Namun ia bukanlah menjadi batu penghalang di antara kamu dan si dia. Oleh itu, jalan yg terbaik ialah sebelum kamu mengetahui prinsip yg dipegang olehnya, adalah lebih baik kamu jgn mengambil sebarang tindakan. Jika kamu mengambil tindakan yg melulu, ia mungkin akan merosakkan perhubungan juga. Kaji siapa dia dan siapa kamu. Mungkin masalah itu timbul daripadamu juga. Cuba bawa berbincang. Ia akan dapat menyelamatkan perhubungan.

Haih.. Ni lah kehidupan...


Kisah Menang Cabutan Bertuah

Dlm tv dulu pun ada keluar case nie, pasal org jual barang datang dari rumah ke rumah, buat cabutan, dapat cabutan bertuah dapat masuk pertandingan, tapi kena bayar dlm lebih kurang 2k –3k baru dapat barang yang harganya 5k.

So bagi saya, saya amat berhati-2, nampak je macam org jual barang, terus sembunyi kat dlm rumah. Kalau ada yang masuk gak, keras kan hati tak nak tergoda dengan tawaran2 tu summer.

Tapi nak dijadikan cerita, hari tu baru je sehari menyambut harijadi, suka hati tak habis lagi. Balik rumah nampak 3 org yang tak dikenali duk x’plen kat hubby, (kebetulan hubby tak kerja hari tu), Tanya kat hubby apa nieh? Sape diorg nieh? Hubby saya cakap abang menang cabutan bertuah, so dpt masuk contest, kena gores nie, kalau bertuah dapat waja sebjik. Kalau tak dpt gak h/theatre ker, washin’ mechine ker. Dalam ati dah terdetik rasa tak sedap ati. Tapi dengar aje mamat tu duk x’plen dlm pelat china. Dia kata dia tak tipuk, kalau tak percaya boleh pegang IC dia. Iklan company dia ada dlm paper berita harian. Dia tunjuk paper tuh, memang betul ada. Tapi still musykil. Dia cakap nie sewing mechine ngan Microwave oven free kalau akak dpt waja atau salah satu 6 hadiah. Kalau tak der gambar, 2 barang tadi still free, tapi saya tambah lagi 3k. Kalau dengar tu cam shok gak. Barang-2 dia summer jenama SHINKAWA. Ntah tak penah dengar plak.

Masa tu ntah camner hubby saya pegang credit card. Mamat tu cakap lagi, tapi kalau nak gores u kena bayar dulu harga 2 brg tadi, harga betul 3999, tapi offer 1998 (lebih kurang la). Laaa… plak dah. So saya ngan suami saya cakap tak nak, dia duk paksa jugak suruh gores, tapi bila nak gores dia suruh zup zap dulu credit card. Abih camno, last-2 saya Tanya lagi kat mamat tu, kalau I boleh barang, I tak nak, u cancel boleh ka? 3 X saya Tanya nak confirm. Mamat tu jawab boleh, nanti wa koyak kakak punya kertas credit card tu. Dia cakap lagi, ala.. kalau lu dpt WAJA takkan kakak tak mau. Saya cakap just let say if I don’t want WAJA, I still can cancel kan? Saya Tanya mamat tu lagi skali. Dia jawab yang sama, saya koyak akak punye payment nanti. Lepas pikir lama jugak, dah confirm boleh cancel payment, hubby saya pun zup zap card Citibank, (mamat cina tu bawak mechine credit card…. Tech. Tinggi, main credit card skrg nie, marketing planning yg bagus).

So kami pun gores, utk suka-2 mulanya. Tengok-2 dpt h/theatre. So kitorg pun selesai tugas, kitorg cakap, ok kami taknak hadiah nie, so pls cancel our payment tadi. Mamat tu lain cerita plak. Dia cakap kakak, u dah bayar , macam mana nak cancel lain la kalau u gores tadi takder barang (takder gambar). La.. plak dah.. abih camno, … tetiba kawan-2 dia dah bawak masuk h/theatre yg kami ‘menang’ tadi. Kami naik marah, ingat kami suka la tu, gores terus menang terus dpt barang. Kami argue, sampai kami pegi ke syarikatnya . Kami rasa cam tertipu plak. Dah la cakap pelat, lain diterang, lain dipaham. Kami plak rasa jugak bodohnya, kenapala pegi tunjuk credit card. Tapi benda tu dah berlaku, sampai hari nie kami masih lagi menuntut bayaran kami balik. Kami tak guna pun lagi barang2 yg kami menang tu, sbb kami tak sure jenama SHINKAWA nie betul ke ok? Plak tu kalau total summer tu betul ke harga 4k? Kami yg bertuah nie harganya cuma 2k?

So for netters, hati-2 la lain kali. Kalau nak beli brg-2 electric, better pegi kat kedai yg betul-2. Kalau datang jual dr rumah ke rumah nie, better jangan percaya sgt. Kekadang barang tak seberapa, tapi harga mahal tak patut.

Haih..Ni la kehidupan.. Mintak jauhlaaa..